Pages

Thursday, January 12, 2012

makin teruk..

assalamualikum...


sementara menanti masa sebelum balik...nak meninggalkan sepatah dua kata kat sini...



demam,batuk,sakit tekak yang bermula hujung disember 2011 masih belum menampakkan peluang untuk sembuh...malahan, semalam di tambah lagi satu ujian dengan selsema yang kronik....
untuk bernafas semakin sukar...untuk bercakap dan bersuara apatah lagi...
akhirnya mengambil jalan untuk berdiam diri hari ini......


tadi jumpa dr. lagi.... mana tahu ada jalan penyelesaiannya.... tapi menghampakan...
dr. still bagi ubat yg sama... cuma tambah ubat selsema plak....
penangan ubat kali ini agak menggerunkan..
tengahri tadi lepas cek kat dr. terus telan ubat....azab menanggung sakit nih hanya Allah yang tahu...
lepas makan ubat batuk dan selsema yang dr. bagi...mata terus terasa berat...
dahi mulai panas dan hidung semakin merah...
dr. dah beri amaran... "ubat nih akan buat awak sgt2 mengantuk..."
so, tanpa berlengah masa...aku terus landingkan kepala di bantal lusuh ku...lantas tertido...
tak sampai sejam aku terjaga kembali kerana tekak kering....mulalah terbatuk2 sampai rasa nak pecah dada...
aku cuba mencari kembali nafas yang semakin hilang di rampas batuk yang berterusan...
pandangan ku gelap seketika di saat gagal mengatur nafas...
air mata turun laju membasahi pipi kuyu ku...
"sakit"......... 


aku cuba melelapkan mata kembali selepas nafas mula tersusun...
tak sampai setengah jam aku terjaga kembali bila nafasku tiba2 tenggelam timbul...
ku tumbuk2 dada2ku...seperti mahu mengeluarkan sekatan yang ada dalam dada....
hanya tuhan yang tahu betapa siksanya aku ketika itu.........
tiap kali batuk menyerang aku hilang nafas ku.....


semoga sakit ini akan berlalu pergi...
kerana aku tidakkuat lagi untuk menanggungnya......
terasa begitu takut tiap kali gagal mengatur nafas.......
terasa begitu sempit dadaku...
gelap seketika pandangan ku.......


"ya allah....
sembuhkanlah hamba mu ini....
akulah selemah2 hamba mu....."

No comments: