salam wbt...
dua hari yang lalu saya telah diberi ksempatan untuk membaca sebuah buku hasil penulisan Ustaz Zahazan Mohamed yang bertajuk " Doa menjadi pengantin baru setiap hari"... buku ini telah dihadiahkan oleh kumpulan usrah mak pada saya sebagai bekalan melayari hidup berumah tangga agar berkekalan hingga ke akhirnya... rasanya inilah kali pertama saya tak mabuk ketika membaca didalam kenderaan walaupun gegaran keretapi jelas terasa... alhamdulillah... sebuah buku telah tamat dibaca dan insyaAllah mana yang termampu akan dijadikan amalan....
sahabat sekalian...
buku ni tak semestinya di baca hanya oleh mereka yang telah berkahwin..malahan yang bujang juga boleh baca..bukan apa..sebagai bekalan hidup... (^^,) bagus buku nih,banyak doa2 amalan yg boleh diamalkan dalam kehidupan....
so, dikesempatan ini...alang2 saya punya masa terluang...nak lah saya kongsi satu tajuk yang sangat lah menarik hati saya...sewaktu saya membaca buku ini..terbayang dan terlukis beberapa wajah didalam kepala saya.... entah kenapa....saya sendiri tak pasti... kemudian..saya jadi takut...andai sifat2 mazmumah ini ada dalam diri saya sendiri dan meracun diri saya dalam diam dan tanpa sedar..... astarfirullah....moga dijauhkan sama sekali.....
sahabat sekalian semua...
darpada Abu Hurairah r.a, Rasullah s.a.w bersabda,
maksudnya: "umatku akan di timpa penyakit2 yang pernah menimpa umat2 terdahulu." Tanya para sahabat, "apakah penyakit2 itu ya Rasulullah?"Lantas Nabi s.a.w menjawab yang bermaksud:
"pertama, terlalu banyak melakukan kejahatan.
kedua, terlalu mewah hingga lupa pada Allah.
ketiga, mementingkan diri sendiri hingga membelakangkan org lain.
keempat, berlumba2 merebut harta benda dunia.
kelima, benci membenci antara satu sama lain.
keenam, kedekut ataupn bakhil sehingga ke peringkat menceroboh hak org lain."
sahabat sekalian,
menurut Imam al Ghazali dalam Ihya' Ulum al Din; implikasi sifat2 mazmumah adalah...
1) SOMBONG
seseorg itu merasakan dirinya lebih drpd org lain hinga menimbulkan kegelisahan terhadap kedudukan dirinya apakah ada org yang lebih hebat daripadanya.
2) TAMAK
manusia berlumba2 mendapatkan harta hingga tidak mempedulikan halal dan haram. Nabi Isa mengatakan, " Tamaknya manusia ini terhadap harta benda tidak ubah seperti org yang sedang minum minuman yang memabukkan. semakin diminum, semain kurang rasanya. Dia tidak merasakan kepuasannya. apabila hendak mati barulah hilang sifat tamaknya. Seandainya mereka tidak sempat bertaubat, maka mereka akan dapat balasan dan azab yang hina daripada Allah".
3) SIFAT BERLUMBA-LUMBA
sentiasa saling menjatuhkan sehingga berlakunya perbalahan
4) BENCI MEMBENCI
apabila dalam tubuh manusia timbul sifat benci membenci, maka akan hilang segala sifat timbang rasa sesama manusia
5) HASAD DENGKI,IRI HATI DAN SAKIT HATI
manusia sentiasa berhasad dengki dan mengharapkan agar nikmat yang dinikmati oleh seseorg itu akan hilang daripadanya.....
sahabat sekalian...
semoga sifat2 mazmumah ini tidak ada dalam diri kita...dan sekiranya ada dalam sedar atau tidak....marilah sama2 kita bermuhasabah diri dan memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t
untuk bacaan yang lebih mendalam bolehlah sahabat sekalian mendapatkan buku ini di mana2 kedai buku(^^,) insyaAllah, sama2 kita mendapat manfaat darinya....
1 comment:
Good,..blh pnjam x?utk psediaan sy di ms akn dtg,..(^_^)
Post a Comment