5:30 petang..
terkandas di hutan selepas melalui stesen Dabong. Dari jam 5petang keretapi yang aku naiki bhenti dtengah2 hutan da masih lagi tida bergerak...
dari kebisingan anak2 muda yang melepaskan hajat dengan kepulan2 asap,khabarnya injin keretapi telah rosak...kedengaran pula satu suara...lantang berkata!! "weh tayo depey pecoh!sudoh doh la..pkat2 tip angin r belako!!" sejurus kata2 itu habis dilaung, gerombolan remaja tadi bergelak ketawa dgn lantangnya!!! bisk hati ku " tayar pecah??sejak bila plak keretapi pakai tayar?hampess sunggoh!!" aku tersenyum sinis dengan gurauan begitu...
keretapi masih lagi tak bergerak..penumpang mula mundar mandir tak keruan..yelah, dah ada yang beram2 berada dalam keretapi ini..pasti naik krem pinggang dan kaki,sudah tentu terasa kebas punggung yg hanya duduk...
masa semakin berlalu dan semakin ramai yg menggerumuni kepala injin keretapi...
dari pintu koc1, dtg seorang staf km dari bawah sambil tersengeh2 melihat penumpang2 yang terlongo melihat ke luar tingkap...seraya die berkata;
" baru nok hidup ijin..debar bawok laju do'oh sakni...terseiuh ughat enin kito...rehak lah smeta daley utey ni deh..."
dan dengan slumbernya staf tdi berjalan menuju ke koc2 yang lain......
dari 30 minit, 30minit seterusnya berlalu...injin keretapi masih kedengaran semput2 siput... seperti org yg kne serangan asma pun ada... 15minit kemudian dtg lagi seorang staf dari bawah sambil berbual2 degn kawannya...aku mencuri dengar apa yang dibualkan....
"lelaki A: insyaAllah, buleh doh jale pahni..."
"lelaki B: dohbakpo sbenanyo?"
"lelaki A: kito terlanggar lembu saknih!pastu paip dio belok sikek..tu hok jadi sekak tuh!!( sambil melurut2 tgnnya yang dilumuri minyak hitam...."
begitulah lebih kurang apa yang mereka bualkan....
mula kedengaran bisik2 suara penumpang lain.. ada yg mengeluh..ada yg mendengus kemarahan... dan aku?? aku hany amampu mengeluh sendiri... mahu taknya, sudah hampir 5jam aku berada di sini... hampir keseluruhan tubuhku terasa lenguh dan penat...dengan takde linenya kat tgh2 hutan nih...alahai.... tapi, dalam pada itu aku juga tertawa sendiri....
"keretapi ni laggar lembu?? apalah nasib si lembu tu yer... ntah hidup ntahka mati...."
jam menunjukkan sudah 6:15 ptg... org yang disebelahku baru sahaja sudah make-up dari toilet depan... setelah sepanjang perjalanan dia belasah tido takbangun2..heee:P rupa2nya dari seawal 6pagi lagi dia sudah menjadi penumpang di dalam koc ini...sabar jelah:)
sedang aku tersengeh2 sendiri,terjelongo seorang pakcik yg sitnya dihadapan sekali membawa perkhabaran dari luar....
"hoh!bersepai darah ngan daging lembu kat kepala injin!!"
haish..terjawab sudahlah persoalan ku tentang nasib si lembu.....
"nasib ko lah lembu......"
tepat jam 645ptg, injin keretapi kedengaran begitu keras....4 hingga 5 kali percubaan untuk memastikan injin keretapi terus hidup seperti menemui kegagalan..... hati aku mula berdebar2.... takkanlah terperangkap lebih lama kot....dah nak gelap nih....alahai..... lalu aku beristifar...semoga semuanya selamat...... setelah beberapa kali percubaan...akhirnya.... akhirnya injin berjaya dihidupkan terus walaupun bunyinya masih sedikit kasar... sedikit demi sedikit keretapi mula bergerak.....
"alhamdulillah"....
tepat jam 730, aku selamat sampai di tanah merah(^^,)
tak ku sangka akan melalui pengalaman sebegini...
No comments:
Post a Comment