Pages

Saturday, March 19, 2011

anak mak n abah(^^p)


salam semua(^^,)

masuk hari nih dah hampir 2 minggu aku dudk di umah mak..almaklumlah, en.suami ke pulau sayak untuk kusus induksi which will separate me n husband for 3 weeks... huuu..lama sungguh 3 weeks nih...rasa dah mcm sebulan jer dudk umah mak..hihihihi:P

dulu2 sebelum kawen, kalau balik 2,3 hari umah mak asa mcm "ish...cepatnya masa nih berlalu..." tak puas lagi duk bertepek bawah ketiak mak...sakat mak sampai jerit2:P n mcm2 lagi.... tapi sekarang...bila dah berjauhan dari en.suami.......rasanya mcm peliknya....mcm masa ni seperti terhenti!!!!! (ececececeh...tapi betullah kan...:P)....

so, smalam ikut mak n abh gi wakaf che yeh...actually aku malas sgt nak kuar malam tadi sebb asa tak sedap badan...tapi mak paksa gak ikut...katanya taknak bagi aku dok umah sowang2...asa nak tergolek plak bila mak cakap gitu...yelah...selama nih, aku dop sowang gop...tetiber jer mak leh cakap gitu..lawak sungguh:P so, dengan ala2 terpaksalah konon, follow gop mak n abah ke wakaf che yeh:P

pusing punya pusing...round punya round....jalan sana sini....follow jer mana langkah mak dan abah pergi..... mengekor jer:P.... dahlah wat muke tak berslah je kan:P hehehehehe.... di sebbkan itu saya merasakan seperti saya ini budak kecil yang masih duduk di celah ketiak org tuanya...huahuahuahua:D

for mak n abah...thanks a lot for both of your love n care (^^,)


Friday, March 18, 2011

cahaya collections (^^,)


salam semua

hari ini secara rasminya saya telah pun memulakan perniagaan secara online...
nak cuba2....manalah tahu kan menjadi...
sambil2 menjadi suri rumah sepenuh masa nih boleh juga saya isi masa terluang sambil2 nak cari pendapatan sampingan...(^^,)

so kepada semua kwn2, silalah berkunjung ke butik online saya yer...
kalau rajin, suggest lah juga kat kawan2 yang ada...
jasa anda amatlah di hargai...hikhikhikhik:P
kat butik online nih saya jual baju2 mcm blouse,t shirt, dresses... quality almost to real boutique(^^,) bukan barang pasar malam tau...nak tu kene wat order dulu(^^p) lagi pun stok agak terhad..harga pun berpatutan... nak banding kene kuar, cari tempat, minyak, tenaga...
yang ni just klik2...insyaAllah kalau barang ada,payment setel, sampailah ke rumah(^^,)
ececececeh (^^D) beriya2 saya mempromosikan butik online nih erk:P

owh..nama butik online nih

"cahaya collections"

so...selamat melihat2 yer(^^,)

doakan semoga bisness saya ini menjadi yerk kawan2 semua....

Saturday, March 12, 2011

ceRitera KerEtapi 1(^^,)


5:30 petang..

terkandas di hutan selepas melalui stesen Dabong. Dari jam 5petang keretapi yang aku naiki bhenti dtengah2 hutan da masih lagi tida bergerak...

dari kebisingan anak2 muda yang melepaskan hajat dengan kepulan2 asap,khabarnya injin keretapi telah rosak...kedengaran pula satu suara...lantang berkata!! "weh tayo depey pecoh!sudoh doh la..pkat2 tip angin r belako!!" sejurus kata2 itu habis dilaung, gerombolan remaja tadi bergelak ketawa dgn lantangnya!!! bisk hati ku " tayar pecah??sejak bila plak keretapi pakai tayar?hampess sunggoh!!" aku tersenyum sinis dengan gurauan begitu...

keretapi masih lagi tak bergerak..penumpang mula mundar mandir tak keruan..yelah, dah ada yang beram2 berada dalam keretapi ini..pasti naik krem pinggang dan kaki,sudah tentu terasa kebas punggung yg hanya duduk...

masa semakin berlalu dan semakin ramai yg menggerumuni kepala injin keretapi...

dari pintu koc1, dtg seorang staf km dari bawah sambil tersengeh2 melihat penumpang2 yang terlongo melihat ke luar tingkap...seraya die berkata;
" baru nok hidup ijin..debar bawok laju do'oh sakni...terseiuh ughat enin kito...rehak lah smeta daley utey ni deh..."
dan dengan slumbernya staf tdi berjalan menuju ke koc2 yang lain......

dari 30 minit, 30minit seterusnya berlalu...injin keretapi masih kedengaran semput2 siput... seperti org yg kne serangan asma pun ada... 15minit kemudian dtg lagi seorang staf dari bawah sambil berbual2 degn kawannya...aku mencuri dengar apa yang dibualkan....
"lelaki A: insyaAllah, buleh doh jale pahni..."
"lelaki B: dohbakpo sbenanyo?"
"lelaki A: kito terlanggar lembu saknih!pastu paip dio belok sikek..tu hok jadi sekak tuh!!( sambil melurut2 tgnnya yang dilumuri minyak hitam...."
begitulah lebih kurang apa yang mereka bualkan....

mula kedengaran bisik2 suara penumpang lain.. ada yg mengeluh..ada yg mendengus kemarahan... dan aku?? aku hany amampu mengeluh sendiri... mahu taknya, sudah hampir 5jam aku berada di sini... hampir keseluruhan tubuhku terasa lenguh dan penat...dengan takde linenya kat tgh2 hutan nih...alahai.... tapi, dalam pada itu aku juga tertawa sendiri....
"keretapi ni laggar lembu?? apalah nasib si lembu tu yer... ntah hidup ntahka mati...."

jam menunjukkan sudah 6:15 ptg... org yang disebelahku baru sahaja sudah make-up dari toilet depan... setelah sepanjang perjalanan dia belasah tido takbangun2..heee:P rupa2nya dari seawal 6pagi lagi dia sudah menjadi penumpang di dalam koc ini...sabar jelah:)

sedang aku tersengeh2 sendiri,terjelongo seorang pakcik yg sitnya dihadapan sekali membawa perkhabaran dari luar....
"hoh!bersepai darah ngan daging lembu kat kepala injin!!"
haish..terjawab sudahlah persoalan ku tentang nasib si lembu.....
"nasib ko lah lembu......"

tepat jam 645ptg, injin keretapi kedengaran begitu keras....4 hingga 5 kali percubaan untuk memastikan injin keretapi terus hidup seperti menemui kegagalan..... hati aku mula berdebar2.... takkanlah terperangkap lebih lama kot....dah nak gelap nih....alahai..... lalu aku beristifar...semoga semuanya selamat...... setelah beberapa kali percubaan...akhirnya.... akhirnya injin berjaya dihidupkan terus walaupun bunyinya masih sedikit kasar... sedikit demi sedikit keretapi mula bergerak.....
"alhamdulillah"....

tepat jam 730, aku selamat sampai di tanah merah(^^,)

tak ku sangka akan melalui pengalaman sebegini...

Tuesday, March 8, 2011

ti malas..


ti malas hari nih...
ti malas nak bangun dari tido hari ni...lepas subuh ti tido balik...
lepas bersalaman dan menghantar si dia ke muka pintu dan melambai penuh longlai ti merangkak ke katil semula....sebabnya ti malas hari ni...
ti sambung tido balik......
ti rasa mcm best jer tido hari nih...
hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi disekeliling ti..
ti merasakan kedinginan pagi itu membelai ti untuk terus lena dan lena....
ti merasakan kehangatan comforter bunga2 merah jambunya memeluk erat tubuh ti untuk terus lena....
empuk tilam yang mengalas tubuh ti umpama memerangkap ti untuk tidak berganjak....
ti semakin malas hari ini...
segala keselesaan yang ti miliki membuatkan ti semakin malas hari ini.....

mata ti berat untuk di buka...
badan ti berat untuk bergerak...
kaki ti kaku untuk melangkah....
ahhh...ti jadi semakin malas..........

apa nak jadi dengan ti hari nih?
ti jadi malas hari nih???
ti jadi semakin malas hari nih???

tengahari mula menjelma...
matahari mula tinggi....
kedinginan yang memeluk ti tadi beransur2 bertukar kepada kehangatan yang melemaskan....
ti terpaksa akur....
ti perlu bangun....
lalu kaki ti melangkah ke suis kipas dan lajukannya....
ti menghempas kembali tubuhnya ke tilam....dan menghembus nafasnya...
cerah sinar sang suria mencemburui masa terluang ti...
ahhh..... ti mengeluh dan merungut sendiri...

ti malas hari nih...
tapi ti tetap kene bangun...
banyak rutin ti yang perlu di selesaikan...
ti perlu basuh baju2 si dia....
ti perlu masak untuk si dia....
ti juga harus mengemas dan membersihkan daerah yang si dia sediakan khas untuk ti....
hanya untuk ti....

tapi ti tetap malas hari nih...
ti buat semua tu...
tapi ti tetap malas hari nih...
ti malas...
malas....malas...dan malas..........


Friday, March 4, 2011

mimpi...

semua org pasti pernah bermimpi...
pasti akan bermimpi....
mungkin malam tadi mengalami mimpi yang terindah...
mungkin malam tadi mengalami mimpi yang sgt sedih....
atau,,,
mungkin malam tadi mengalami mimpi yang menakutkan....
yang pasti...
semua org pasti pernah bermimpi.......
dan mimpi tetap mimpi kan....
harap biarlah ia kekal sebagai mimpi...
dan takkkan menghantui kehidupan realiti...............

Tuesday, March 1, 2011

penat dan bosan...


dari hari ke hari....
dari bulan ke bulan.....
dari tahun ke tahun....
dari 2006 hingga ke 2010.....
kontrak di sambung setahun ke setahun......

saban hari dalam tempoh kontrak dijalankan...
aku akan mengira dan menghitung hari bila dan saat tarikh terakhir aku berkhidmat....
begitulah..................

tanggal 14hb november 2010 merupakan tarikh akhir aku berkhidmat sebagai pegawai di tempat itu....
setelah 4 tahun berkhidmat disitu....
segala asam garam aku dah rasa...
pahit manis aku dah telah....
masin tawar aku dah harungi....
jatuh bangun aku dah selami....
gemilang tenggelam aku penuhi.............
semuanya...dalam tempoh 4tahun........

ramai yg tanya...
"kenapa tak mintak serap tetap jer?"
jawapan ku tetap sama...
"belum ada position kosong lagi"......

setelah 3bulan lebih kontrak ku tamat....
setelah 3 bulan lebih aku menunggu janji pihak atasan...
setelah 3 bulan lebih aku menanti di panggil balik....
akhirnya....................

-
--
---
----
-----
------
-------
--------
---------
----------
-----------
-------------
---------------


aku perlu terus menanti............................
huh!!!!
berat rasa keluhan kali ini....
dari satu dugaan ke satu dugaan.................
dari satu cabaran ke satu cabaran..................
dari satu ujian ke satu ujian...........................

sakit hati bila memikirkannya....
sekejap nak sambung....sekejap taknak.....
sekejap suruh datang.....tapi takde keputusan..........
sekejap suruh lapor diri....tapi tak jadi.................
sebegitu sekali aku diperkotak katikkan.........
sebegitu sekali.....................................

penat dan bosan dengan semua ini.....
terasa mahu menghentikan segalanya............
penat dan bosan dengan semua ini...........
terasa mahu membuang jauh semua...............

pada Mu tuhan...
aku berserah.....
semoga segala yang terbaik Kau aturkan untukku..........
kerana aku yakin...
rezeki itu milik MU.....
dan Kau yang berhak memberi mahupun menariknya kembali.........
dan....
semoga penat dan bosan ini tidak membunuh semangat ku...............


p/s: untuk suami tersayang..terima kasih untuk sokongan yang dikau berikan buatku selama ini....terima kasih untuk kekuatan yang dikau suntik pada ku saban hari......terima kasih yang tak terhingga untuk curahan kasih dan sayang mu buat diri ku selama ini...........