Pages

Friday, August 6, 2010

kenapa jadi mcm nih hari ini???

kenapa jadi mcm ni hari ni...
hari yng sepatutnya bergembira jadi suram tiba2...
hari yang sepatutnya penuh gelak tawa bersama tapi sunyi sepi akhirnya....
kenapalah jadi mcm ni hari ini????

kenapalah jadi mcm ni hari ni..
hingga tidur malam ku tak lena...
mengenangkan apa yang telah terjadi hari ini...
lain dari hari2 yang sebelumnya.....
kenapalah jadi mcm ni hari ini....

telah terbazir satu hari ini...
kerana kita penuhi dengan rasa marah....
telah terbazir satu hari ini.....
kerana kita saling bermasam muka....
telah terbazir satu hari ini...
kerana kita biarkan ia berlalu pergi dengan satu kenangan pahit.....dan luka....
telah terbazir satu hari ini....

tak rasa rugi kah kita?
tak rasa sayangkah kita?
satu hari yg kita penuhi dengan rasa yang ntah untuk apa?
benarkah ap yang telah kita lakukan hari ini?
berbaloikah apa yang telah kita luahkan hari ini?
waras dan matangkah apa yang telah kita lakukan?
rugi....benar2 rugi....

cuba bertenang...dan renung kembali...
sudah berapa lama kita bersama?
sudah berapa lama kita berkongsi segala cerita?
sudah berapa banyak kita berkongsi air mata?????
tiba2 hari ini????
hari ini kita seperti tidak mengenali hati budi masing2....
hari ini kita seperti tidak memahami isi hati masing2???
hingga hari ini kita seperti tidak pernah mengenali diri sendiri.....................

kenapa jadi mcm ni hari ini?
bayangkan...hari ini hari terakhir kita bersama...
andaikan hari ini hari terakhir kita bersua....
sekiranya hari ini hari terakhir aku,kamu atau dia bernyawa.....
tiada apa yang dapat diulang lagi...
kata maaf pun tak mampu di beri,,,
linangan air mata pun tak mampu membawanya kembali di sisi....
apatah lagi penyesalan yang hanya terpendam dalam diri...hanya akan terus menghantui diri,,,,
kerana telah kita bazirkan satu hari ini yang ntah untuk apa..............

sayang...
kita hidup bukan untuk hari ini sahaja...
masih ada esok dan masa akan datang yang menanti.....
jangan hingga satu hari kita sesali apa yang telah terjadi hari ini......

maaf...
andai hari ini terlalu banyak silap ku...
maaf...
andai hari ini telah banyak salah ku....
maaf....
andai hari ini aku tak sempurna di mata mu....

ketahuilah...
aku bersyukur pada tuhan...
kerana masih dapat melihat mu hari ini...walau mungkin kau tak ingin memandang ku....
aku bersykur pada tuhan...
kerana masih mendengar gelak mu hari ini...walau mungkin kau tak ingin ketawa bersama ku.....
kerana aku tahu...
aku masih ada di sisi mu...dan kau mash wujud utuh dalam diri ku.................

semoga...
semoga hari ini tidak akan pernah datang lagi pada hari2 lain...yang mendatang.............

1 comment:

sahromnasrudin said...

salam..sabar itu separuh dr iman :-)